APA ITU AYAM ORGANIK

 Ayam organik





Selalu kita sebut atau dengar ayam organik, ayam organik...


Tapi kita tahu ke tak apa sebenarnya yang dimaksudkan dengan ayam organik tu?...


Di sini kami terangkan...


1. Ayam tersebut mestilah dari ibu dan bapa yang juga jenis organik.


2. Ayam organik juga ialah bebas daripada menyalah guna antibiotik, hormon dan lain lain kimia terlarang bagi tujuan tumbusaran. 


3. Ayam juga boleh diberikan vaksin yang dibenarkan pihak berkuasa sahaja.


4. Ayam tersebut juga hendaklah bebas dan menggunakan 50% daripada aktiviti hariannya untuk bergerak. Maknanya jika kita hadkan pergerakannya macam ayam daging yang hanya makan & tidur je, tak jadi organiklahnya..


5. Makanan bukan datang dari bahan makanan dari tumbuhan berasaskan GMO; tumbuhan sumber makanan tidak diberi baja kimia dan tidak diberi racun serangga/kulat berasaskan kimia; bahan makanan tidak dihasilkan melalui proses menggunakan kimia. Kalau ayam tu diberi makan dedak yang macam kita beli kat kedai tu, maka ayam tu dah tak jadi organiklah...



OK, sekarang faham ya apa itu maksud secara ringkas ayam organik   

Comments