CARA MEMASAK
MEMASAK KAMBING PERAP CIKNOOR MENGGUNAKAN AIR FRYER
😋Rasa dan warna sangat menarik, tidak hangit, mudah dan cepat untuk memasak
1-Pertama sekali daging kambing perap ciknoor perlu defrost dahulu produk menggunakan kaedah rendam dalam air bersama dengan plastik pembukusan kambing perap ciknoor
2 – Keluarkan kambing perap ciknoor daripada pembukusan, ambil daging kambing satu persatu dengan menyusun di dalam bekas pembakar airfryer
3 – Tahap kepanasan untuk memasak kambing perap ciknoor menggunakan kaedah airfryer bergantung kepada jenis airfryer masing2.. kebiasaannya tahap kepanasan suhu 180°C-190°C selama 10-15minit bergantung airfryer yang digunakan.
– Hidangan siap dimasak dan selamat menjamu selera !! –
P/s : Masa bergantung tahap kepanasan yang digunakan juga bergantung jenis air fryer yang digunakan.
MEMASAK KAMBING PERAP CIKNOOR MENGGUNAKAN OVEN
😋 untuk pek saiz besar. Mudah Dan Cepat !!
1-Pertama sekali daging kambing perap ciknoor perlu defrost dahulu produk menggunakan kaedah rendam dalam air bersama dengan plastik pembukusan kambing perap ciknoor
2 – Keluarkan kambing perap ciknoor daripada pembukusan, ambil daging kambing satu persatu dengan menyusun di dalam bekas dulang pembakar oven
3 – Tahap kepanasan untuk memasak kambing perap ciknoor menggunakan kaedah oven bergantung kepada jenis oven masing2.. kebiasaannya tahap kepanasan suhu 200°C selama 10-15minit bergantung oven yang digunakan.
– Hidangan siap dimasak dan selamat menjamu selera !! –
P/s : Masa bergantung tahap kepanasan yang digunakan juga bergantung jenis oven yang digunakan. Cara memasak kambing perap ciknoor
CARA MEMASAK KAMBING CIKNOOR MENGGUNAKAN DAPUR GAS
😋 Rasa dan warna daging kambing menggunakan dapur gas terdapat sedikit
aroma bau asap dengan cara mudah dan cepat untuk memasak
1- Pertama sekali defrost dahulu kambing perap ciknoor dengan menggunakan beberapa cara seperti rendam dalam air bersama dengan pembukusan sekali.
2 – Buka api dapur gas dan panaskan kuali pan yang telah diletakkan diatas dapur sehingga terasa bahang panas yang mencukupi.
3 – Letakkan kepingan daging kambing perap ciknoor di atas kuali pan dan susun dengan elok di dalam kuali pan tersebut.
4 – Tunggu sehingga 3-4 minit kemudian terbalikkan kambing bahagian yang belum dimasak.
5 – Sekiranya permukaan daging kambing berminyak bertukar warna coklat menunjukkan daging kambing telah masak anggaran masa keseluruhan 7-8 minit.
6 – Untuk mendapatkan daging kambing betul-betul masak (well done), kelar bahagian daging kambing paling tebal untuk melihat perubahan warna kemerahan pada tekstur daging kambing tersebut.
– selesai memasak boleh dihidangkan bersama dengan kentang goreng dan juga sayur salad...dicurah kan pula dengan sos blackpaper brown souse ciknoor... 😋😋
P/s : Masa memasak kambing perap ciknoor bergantung kepada tahap kepanasan dapur pan yang digunakan dan jarak susun atur daging dalam pan .. , jangan gunakan pan yang melebihi saiz 10 inci bagi mengelakkan bahang panas yang diperlukan tidak dapat dicapai bagi mengelakkan pembakaran mengambil masa yang lama untuk memasak..
Comments
Post a Comment